Wednesday 15 October 2014

10 Ikon Pelancongan di Negeri Perak

10 Ikon Pelancongan di Negeri Perak (Sumber : Tourism Perak)




1. The Royal Town

2. Felda Residence Hot Spring

3. Gua Tempurung

4. Limestone Haven

5. Matang Mangrove Forest Reserve

6. Orang Utan Island

7. Pangkor Island and Lumut Town

8. Perak Herbal Garden

9. Royal Belum

10. Zoo Taiping & Night Safari

Maklumat lanjut boleh didapati di 
http://www.perak.gov.my/index.php/10-ikon-pelancongan

Juga senarai makanan di Perak http://www.perak.gov.my/images/mukahadapan/uniknya_perak/Makanan.pdf

Dan senarai penginapan di Perak http://www.perak.gov.my/images/mukahadapan/uniknya_perak/penginapan.pdf

Monday 15 September 2014

UTC Perak

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) NEGERI PERAK





























Alamat : Bangunan UTC Perak Off Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau lebih ‘Pusat Transformasi Bandar’. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai khidmat utama Kerajaan atau sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Slogan yang melambangkan perkhidmatan di UTC ialah ‘Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan’.


UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan oleh pemerintah  bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.

Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan. Ianya dapat menjimatkan masa sekaligus memudahkan komuniti tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

Terkini satu lagi mercu tanda baru di Bandaraya Ipoh khususnya dan Negeri Perak amnya ialah kewujudan UTC yang telah beroperasi di tapak pasar besar Ipoh yang satu masa dahulu menempatkan pasaraya Super Kinta. UTC di Negeri Perak ini adalah yang ketiga selepas UTC Kuala Lumpur dan UTC Melaka.  Mula beroperasi sejak 14 Januari 2013 yang lalu  mulai jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali cuti umum.

Antara perkhidmatan yang disediakan di UTC ialah :
  • Perkhidmatan Gunasama Kerajaan seperti kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen, termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri,
  • Perkhidmatan Kesihatan seperti Klinik 1Malaysia,
  • Perkhidmatan Keselamatan seperti Kiosk PDRM,
  • Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan seperti Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja,
  • Perkhidmatan Kewangan seperti kaunter Bank Simpanan Nasional, PTPTN, Bank Rakyat, perkhidmatan Automatic Teller Machine dan Cash Deposit Machine,
  • Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan seperti MARA, TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
  • Perkhidmatan Utiliti seperti TM Point, Tenaga Nasional Berhad, Indah Water Sdn. Bhd., Pos Malaysia,
  • Perkhidmatan Pembangunan Belia seperti fitness centre, music centre, pusat belia, dan
  • Perkhidmatan NGO
(sumber : http://www.pknp-perak.gov.my/v2/index.php/arkib/berita/59-utc-perak)

Ipoh Railway Station at Night







Pertunjukan air pancut





Jom main buih sabun...








Boleh beli buih sabun dari mereka...


Kalau nak main kasut roda pun boleh juga...


Ipoh Railway Station