PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) NEGERI PERAK
Alamat : Bangunan UTC Perak Off Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak  
UTC
 adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau lebih ‘Pusat 
Transformasi Bandar’. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan 
bagi menyediakan pelbagai khidmat utama Kerajaan atau sektor swasta 
kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu 
bangunan. Slogan yang melambangkan perkhidmatan di UTC ialah ‘Satu Pusat
 Pelbagai Perkhidmatan’.
UTC
 juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean 
Strategy) yang diperkenalkan oleh pemerintah  bagi meningkatkan kualiti 
perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi
 Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.
Secara
 umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan 
kerajaan dan swasta dalam satu bangunan. Ianya dapat menjimatkan masa 
sekaligus memudahkan komuniti tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan 
Kerajaan yang lain.
Terkini
 satu lagi mercu tanda baru di Bandaraya Ipoh khususnya dan Negeri Perak
 amnya ialah kewujudan UTC yang telah beroperasi di tapak pasar besar 
Ipoh yang satu masa dahulu menempatkan pasaraya Super Kinta. UTC di 
Negeri Perak ini adalah yang ketiga selepas UTC Kuala Lumpur dan UTC 
Melaka.  Mula beroperasi sejak 14 Januari 2013 yang lalu  mulai jam 8.30
 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Antara perkhidmatan yang disediakan di UTC ialah :
- Perkhidmatan
 Gunasama Kerajaan seperti kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan 
Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen, 
termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri,
 
- Perkhidmatan Kesihatan seperti Klinik 1Malaysia,
 
- Perkhidmatan Keselamatan seperti Kiosk PDRM,
 
- Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan seperti Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja,
 
- Perkhidmatan
 Kewangan seperti kaunter Bank Simpanan Nasional, PTPTN, Bank Rakyat, 
perkhidmatan Automatic Teller Machine dan Cash Deposit Machine,
 
- Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan seperti MARA, TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
 
- Perkhidmatan Utiliti seperti TM Point, Tenaga Nasional Berhad, Indah Water Sdn. Bhd., Pos Malaysia,
 
- Perkhidmatan Pembangunan Belia seperti fitness centre, music centre, pusat belia, dan
 
- Perkhidmatan NGO
 
(sumber : http://www.pknp-perak.gov.my/v2/index.php/arkib/berita/59-utc-perak)