PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) NEGERI PERAK
Alamat : Bangunan UTC Perak Off Jalan Dato’ Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau lebih ‘Pusat Transformasi Bandar’. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai khidmat utama Kerajaan atau sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Slogan yang melambangkan perkhidmatan di UTC ialah ‘Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan’.
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau lebih ‘Pusat Transformasi Bandar’. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai khidmat utama Kerajaan atau sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Slogan yang melambangkan perkhidmatan di UTC ialah ‘Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan’.
UTC
juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean
Strategy) yang diperkenalkan oleh pemerintah bagi meningkatkan kualiti
perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi
Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.
Secara
umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan
kerajaan dan swasta dalam satu bangunan. Ianya dapat menjimatkan masa
sekaligus memudahkan komuniti tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan
Kerajaan yang lain.
Terkini
satu lagi mercu tanda baru di Bandaraya Ipoh khususnya dan Negeri Perak
amnya ialah kewujudan UTC yang telah beroperasi di tapak pasar besar
Ipoh yang satu masa dahulu menempatkan pasaraya Super Kinta. UTC di
Negeri Perak ini adalah yang ketiga selepas UTC Kuala Lumpur dan UTC
Melaka. Mula beroperasi sejak 14 Januari 2013 yang lalu mulai jam 8.30
pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Antara perkhidmatan yang disediakan di UTC ialah :
- Perkhidmatan Gunasama Kerajaan seperti kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen, termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri,
- Perkhidmatan Kesihatan seperti Klinik 1Malaysia,
- Perkhidmatan Keselamatan seperti Kiosk PDRM,
- Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan seperti Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja,
- Perkhidmatan Kewangan seperti kaunter Bank Simpanan Nasional, PTPTN, Bank Rakyat, perkhidmatan Automatic Teller Machine dan Cash Deposit Machine,
- Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan seperti MARA, TEKUN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
- Perkhidmatan Utiliti seperti TM Point, Tenaga Nasional Berhad, Indah Water Sdn. Bhd., Pos Malaysia,
- Perkhidmatan Pembangunan Belia seperti fitness centre, music centre, pusat belia, dan
- Perkhidmatan NGO