Thursday 13 December 2012

Welcome to Ipoh Terminal Amanjaya (Ipoh bus station)

Welcome to Ipoh Terminal Amanjaya...a very nice bus terminal.


Inside the bus terminal...very huge...

 




The bus ticketing counter...


The bus departing lobby.

Some of the shops available...also got D'Naina Restaurant.

 
 
IPOH – Terminal bas baru Meru Raya yang bernilai RM140 juta bakal memulakan operasi pada 25 September ini setelah siap sepenuhnya.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, terminal bas yang juga dikenali sebagai Terminal Amanjaya bukan sahaja menyediakan pengangkutan awam malah dilengkapi dengan kemudahan hotel bajet, kedai makanan, tempat rekreasi dan kiosk.

Menurutnya, terminal bas ini berkonsepkan lapangan terbang yang mana bas akan menurunkan penumpang di lobi ketibaan di tingkat satu manakala penumpang yang akan menaiki bas ditempatkan di tingkat bawah bagi mengelakkan kesesakan.

“Bagi petunjuk prestasi utama (KPI) dari segi pengangkutan awam, saya yakin ia menepati ciri KPI yang hendak kita capai. Jadi, saya berharap penumpang dan sesiapa sahaja dapat menggunakan terminal ini sebaiknya,” katanya ketika sidang media sempena lawatan ke terminal bas itu, kelmarin.

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 58 syarikat pengusaha bas bersetuju untuk beroperasi di terminal itu.

Sementara itu, Pengurus Eksekutif The Combine Bus, Mohamad Mat Isa berkata, terminal yang juga di bawah Unit Kerjasama Awam dan Swasta (Ukas) ini turut menjadi salah satu daripada 11 ‘touch point’ dalam negara ini.

Mohamad berkata, terdapat 60 kaunter tiket bas manakala tujuh kaunter e-Ticketing yang memudahkan pengguna untuk membeli tiket bas, mengetahui bas yang akan dinaiki dan melihat jadual perjalanan secara 'online'.

“Terminal ini boleh memuatkan 2,000 orang dan dianggarkan 300 orang dalam satu-satu masa selain menyediakan 400 tempat letak kereta," katanya.


No comments:

Post a Comment