"Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini (28 Mei 2014/Rabu) manakala Bendera Malaysia pula akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari sahaja. Sepanjang tempoh perkabungan 7 hari tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan."
KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini (29 Mei 2014)memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.
Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada pukul 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Beliau diiringi Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.
Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari pukul 11.45 pagi hingga 1.15 petang. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz334d1Qm2V
Hakcipta terpelihara
Hakcipta terpelihara
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dimasyurkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru bagi mengantikan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat.