Thursday 1 May 2014

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya

My visit to Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya on December, 2013







 






Dewan Tunku Canselor (DTC), antara ikon utama Universiti Malaya telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 25 Jun 1966.

Sempena perasmiannya, Dewan yang dinamakan sempena nama beliau buat pertama kali menjadi tempat berlangsungnya istiadat konvokesyen untuk sesi 1965/66 dengan 587 orang graduan meneriman ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran manakala 115 orang graduan menerima Diploma Pendidikan.

Dewan hasil rekaan oleh Dato' Kington Loo, arkitek moden dari firma BEP Arkitek (asalnya Boothy Edwards & Partners) ini telah mengambil masa satu setengah tahun untuk disiapkan. Ia merupakan antara beberapa struktur pertama di negara ini yang mengikut pengaruh tokoh Arkitek Moden berbangsa Switzerland-Perancis, Le Corbusier. Beliau adalah antara tokoh arkitek moden yang amat mementingkan kesesuaian rekabentuk mengikut kegunaan, selain penggunaan bahan binaan yang sesuai dan tidak mengenakan sebarang hiasan pada sesuatu binaan. Rekabentuk DTC hampir menyamai bangunan Bank Negara Malaysia yang menggunakan konsep kemodenan simen yang tidak bercat.

No comments:

Post a Comment