Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah - Alfatihah




"Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini (28 Mei 2014/Rabu) manakala Bendera Malaysia pula akan dikibarkan separuh tiang selama 7 hari sahaja. Sepanjang tempoh perkabungan 7 hari tersebut semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan."


KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini (29 Mei 2014)memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.
Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada pukul 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Beliau diiringi Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.
Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari pukul 11.45 pagi hingga 1.15 petang. - Bernama


DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dimasyurkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru bagi mengantikan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat.



Sunday 25 May 2014

Pertandingan Guru Inovasi Negeri Perak Tahun 2014

Pertandingan Guru Inovasi Negeri Perak Tahun 2014, di Mydin Meru Raya Ipoh pada 24 dan 25 Mei 2014.







Hasil daripada Pertandingan Mewarna yang telah diadakan.


Jabatan Perhutanan Negeri Perak










Perhilitan



Rusa Sambar


Seladang


Gajah







MK6 Sifir Congak









Pengeram Telur - Smart Incubator






"Hold It Right" - A soldering mate



Wheels of English



Modul untuk mengajar murid pelbagai kecacatan menggunakan Formula BEDAC-F dari SK Pendidikan Khas Taiping



SIBAGI dari SK Kati Kuala Kangsar


Anona Pandanus Muricata dari USM - untuk menangkap tikus di rumah






PHONICS - Smart Reading Boards oleh Pn. Juliana Bt Muhd Tajuddin